اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Welcome To kemilau Tarem Al-Ghonna' Blog's

Wednesday, May 2, 2012

Selamat Datang Kepada Pengunjung Blog Kemilau Tarem Al-Ghonna’.


السلام عليكم  ورحمة الله وبركاته

اهلا وسهلا ومرحبا بكم يا زائرين

Jazakumullah Khairan Kathira diucapkan kepada para pengunjung yang mulia kerana sudi mencemar duli singgah ke “gubuk derita” blog kami ini.Blog ini adalah hasil gabungan bersama Putera- Puteri Ba’Alawi (Jamadil Kubra & Al-Eydrus) iaitu al-Fagir sendiri adalah Syed Izzat Dhiyaulhaq Bin Syed Azman Bin Syed Zakaria Bin Syed Yusuff Bin Syed Soleh Bin Syed Tengku Malik Ba’Alawi dan Sharifah Nurul Munirah Bte Syed Akil Al-Eydrus.Ba’Alawi adalah nama qobilah yang disandarkan kepada moyang kami iaitu  Sayyidina Alwi Ba’Alawi Bin Sayyidina Ubaidillah Bin Sayyidina Muhajir IlaLLah Ahmad Bin Sayyidina Isa Ar-Rumi Bin Sayyidina Muhammad An-Naqib Bin Sayyidina Ali Uraidhi Bin Sayyidina Jaafar As-Sodiq Bin Sayyidina Muhammad Al-Baqir Bin Sayyidina Ali Zainal Abidin As-Sajad Bin Sayyidina Hussin As-Syahid Karbala Bin Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah + Sayyidatina Fatimah Az-Zahro’ Binti Jaddina Sayyidina Mukhtar Muhammad Bin Abdullah S.A.W.Beliau adalah insan yang pertama dinamakan Alwi dalam keluarga Bani Alawiyyin,oleh yang demikian anak cucu daripada beliau setelahnya dinisbahkan kepada beliau dengan nama Ba’Alawi.
Walaupun kami telah dipilih oleh Allah untuk bersambung nasab,darah daging kepada Rasulullah,kami tidak akan pernah lupa dan mendabik dada.Bahkan kamilah orang yang paling berat memikul tanggungjawab sebagai penerus perjuangan yang telah ditelusuri oleh leluhur aslafuna solihun dan sentiasa bersedia untuk menyambut panji-panji Rasulullah.Yang paling penting adalah menjadi ROLE MODEL @ QUDWAH HASANAH KEPADA UMMAH & KHADAM KEPADA UMMAH.

Teringat al-Fagir kepada kata-kata Al-Mutanabbi,seorang penyair yang agung dalam sejarah umat Islam dalam kitab Manhaj Sowi Li Sadah Bani Alawi karangan Al-Allamah Al-Habib Syed Zein Bin Ibrahim Ben Semith Ba’Alawi.

ان لم تكن نفس الشريف كاصله # فماذا الذي تغني رفاع المناصب
وان علويا لم يكن مثل جعفر # فما هو الا حجة للنواصب

Mafhumnya : Jika kamu tidak menjadi seorang Syarif seperti leluhurnya,
Apalah ertinya ketinggian dan kemulian nasab,
Jika seorang Alawi (Syed&Sharifah) tidak seperti Jaafar Sodiq,
Maka dia akan menjadi hujjah bagi kaum yang membenci zuriat Rasulullah.

Doakan kami supaya menjadi seorang Syed & Sharifah yang sejati yang mengikuti jejak langkah leluhur kami dari segi ilmu,akhlak dan peribadi yang mulia.Amin..

Al-Fagir sekarang sedang menuntut di sebuah universiti yang terletak di Kota Tarem Al-Ghonna’,Hadramaut,Selatan Yaman,Republik Yaman iaitu Universiti Al-Ahgoff,bersempena dengan keberadaanya berada di Wadi Ahgoff (InsyaAllah,al-Fagir akan bercerita lebih lanjut tentang universiti ini) dalam bidang Ijazah Syariah dan Undang-Undang.Tempoh pembelajaran yang ditawarkan adalah 5 tahun,sekarang ini al-Fagir berada di semester ke 4,tahun yang kedua.Manakala teman seperjuangan yang banyak membantu al-Fagir dalam  mengaktifkan blog ini iaitu Sharifah Nurul Munirah yang sekarang menuntut ilmu di bawah bumbung Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA),Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.Beliau juga mengambil jurusan yang sama dengan al-Fagir iaitu Ijazah Syariah dan Undang-Undang dan sekarang berada tahun yang kedua dalam semester ke 4.Harapan kami daripada para pengunjung supaya mendoakan kejayaan kami berdua ini di dunia dan yang lebih penting di akhirat nanti.

Objektif kewujudan blog ini di siber internet adalah sebagai wadah dakwah dalam menyemarakkan Mahabbatullah dan Mahabbah Sayyidul Basyar Habib Mustofa S.A.W.Di samping itu,untuk memperkenalkan tokoh Ahlul Bait Nabawi yang banyak berjasa dalam meneruskan perjuangan dan dakwah leluhur mereka dalam menyebarkan agama Islam ke seantero dunia ini dan khususnya di Malaysia.Kalau kita merenung kepada sejarah,bahawa para mubaligh yang datang ke Malaysia kebanyakkannya  datang daripada Kota Hadramaut,Selatan Yaman.Blog ini lebih bersifat kepada blog Islamik yang mulus daripada unsur-unsur negative, politik dan parti yang memecah belahkan antara ummat Islam.Kami juga menyediakan bahan bacaan islamik yang berguna untuk para pemuda pemudi Islam.

            Tentu sahaja para pengunjung tertanya-tanya apakah rahsia disebalik nama Tarem Al-Ghonna’.InsyaAllah al-Fagir akan menukilkan serba ringkas tentang kota Tarem as-Siddiq.Jadi,Tarem adalah nama sebuah kota kecil yang jauh berada di Hadramaut,Selatan,Yaman.Tarem adalah kota kota yang memiliki banyak keistimewaan,kerana dari kota inilah agama Islam di Malaysia,Indonesia dan senusantara berawal.Kota ini masyhur dengan penghuninya yang dipenuhi dengan wali-wali besar yang mastur (istilah kepada para wali yang tidak mahu menunjukkan kewal iannya).Diriwayatkan bahawa para auliya’ Allah di kota ini,kerana terlalu tawaddu’ sehinggakan malu jika diketahuai bahawa dia adalah seorang wali dan berusaha menutup kewaliannya persis seorang perempuan yang malu jika diketahuai bahawa dia berada dalam keadaan haid.Kota ini juga dipenuhi para syed yang menjunjung tinggi akhlakul karimah dan para ulama’ yang tersohor di dunia Islam.


            Banyak sekali ulama dari kota ini yang tersebar hingga ke asia seperti Malaysia,Indonesia,India untuk berdakwah Islam.Begitu banyak tinta yang sudah sudah habis tertuang untuk mengabadikan sejarah dan realitinya.Al-faqih Thothoh berkata “Aku mengenal di kota tarem 300 mufti dalam satu dekad”.

            Tarem adalah nama bagi seorang raja yang saat itu memerintah di wilayah Hadramaut.Kemudiannya nama beliau diabadikan sebagai nama kota ini.Nama lain bagi Kota Tarem adalah Al-Ghonna’ yang memberikan isyarat akan kesuburannya dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang lebat.Kota ini juga dijuluki dengan nama As-Siddiq yang diambil dari gelar Khalifah Nabi,Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.Diriwayatkan bahawa suatu ketika,telah diutus seorang sahabat yang bernama Zaid Bin Labid Al-Ansori untuk mengajak masyarakat kota ini berbai’ah janji setia dengan menjadikan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah  setelah kewaftan Rasululullah.Para penduduk kota ini dengan senang hati bersetuju untuk berbai’ah,bahkan tidak ada seorang pun daripada mereka yang enggan dan menolak ajakan tersebut.Setelah Sayyidina Abu Bakar mengetahuai hala tersebut,maka beliau terus mendoakan Kota Tarem untuk kemakmuran,keberkahan airnya,serta lahir para ulama’ dan solihin seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.Alhamdulillah,sejarah dan realiti  membuktikan bahawa Allah telah mengabulkan tiga doa tersebut dan masih melekat kuat di bumi Tarem saat ini.

            Semuanya itu memang menjadi kenyataan,berkat doa sahabat besar Nabi Muhammad S.A.W.Pengalaman al-Fagir selama 2 tahun disini dapat menumpang keberkatan daripada doa tersebut.Pada tahun lepas 2011,Negara timur tengah seperti Tunisia,Mesir,Lubnan menghadapi revolusi untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan.Republik Yaman jugak tidak terlepas daripada terkena tempias pengaruh “thauroh” atau revolusi dengan melaungkan slogan “as-sya’ab yurid isqotu nizom” bermaksud “Rakyat mahu menjatuhkan perlembagaan Negara”.Oleh yang demikian,para pelajar yang sedang belajar di Negara yang bergolak tersebut digesa oleh kerajaan Malaysia untuk pulang.Jadi kami para pelajar yang berada di Hadramaut,Yaman khususnya ramai pelajar Malaysia yang belajar di institut pengajian agama yang berada di kota Tarem seperti Darul Mustofa & Darul Zahro’ milik Syed Habib Umar ben Hafidz,seorang daei yang masyhur,sering datang ke Malaysia untuk Rehlah Dakwah.Kemudian Ribath Tarem milik Sulthonul Ulama’ Syed Habib Salim Bin Umar As-Asyathiri dan tempat al-Fagir belajar iaitu Fakulti Syariah & Undang-Undang,Universiti Al-Ahgoff milik Prof Dr Syed Habib Abdullah Bin Muhammad BaHarun Jamalullai.
Kami digesa oleh pihak kedutaan Malaysia di Yaman untuk pulang,tetapi kami berkeras tidak mahu pulang kerana keberadaan kami di bumi kota Tarem dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa ada sebarang faudo atau kekacauan.Kami meyakinkan pihak kedutaan tentang kondisi disini dan akhirnya kami  diberi untuk terus tinggal disini.Ramai sahabat-sahabat al-Fagir yang belajar di Utara Yaman seperti Sona’a,Aden,Zabid,Taez terpaksa dihantar pulang kerana keadaan terlalu bahaya.Inilah keberkatan daripada doa sahabat Nabi terhadap kota Tarem sehingga kami yang hina dan doif ini diberi peluang oleh Allah untuk menikmatinya.Banyak lagi perkara ajaib tentang kota dan penghuninya yang dapat al-fagir saksikan selama be rada disini yang tidak mungkin dinukilkan di sini.

Kompleks Pemakaman (Turbah) di Kota Tarem
Terdapat tiga buah kompleks pemakaman muslimin yang terbesar di Kota Tarem.
1.     Pemakaman Al-Akdar
-Pemakaman awam untuk masyarakat umum.
-Dimakamkan seorang ahli pakar dalam Ilmu Nahwu.
-Terletak dibelakang Hotel Kenya,Tarem.

2.     Pemakaman Al-Furoith
-Pemakaman yang majoritinya dimaqamkan ahli keluarga qobilah BaFadhol dan Al-Khatib dari kalangan para syeikh @ masyaikh.
- Al-Imam Syeikh Habib Abdul Rahman Asseggaf,seorang ahlul bait nabi dan wali yang besar telah berkata “disana terdapat lebih daripada 10,000 para waliyullah.
-Terletak di sebelah barat Al-Akdar.

3.     Pemakaman Zanbal
-Kompleks pemakaman yang paling besar yang mana para waliyullah yang terdiri daripada zuriat dan keturunan Rasulullah S.A.W dimaqomkan.
-Dimaqomkan juga sejumlah para sahabat Rasulullah S.A.W yang  diutuskan oleh Sayyidina Abu Bakar bersama Ziad Bin Labid al-Ansori yang mati syahid ketika memerangi kaum riddah iaitu orang-orang murtad.

Kami berharap semoga blog ini dapt menyajikan laut-pauk yang berselera yang dapt memberi manfaat yang berguna kepada  para pengunjung blog kami ini.Silakan komen sekiranya ada sebarang kekurangan dan kesilapan dalam kami mengendalikan blog ini supaya menjadi lebih baik dan terbaik.Amin...



Nukilan : Sayyid Izzat Haq Ba’Alawi
Ghurfah Al-Hadi,Hostel Pelajar al-Ahgoff 
Madinah Tarem Al-Ghonna’,Hadramaut,Yaman
Aidid Street...1 Mei 2012,12.30 malam

No comments:

Post a Comment