اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Welcome To kemilau Tarem Al-Ghonna' Blog's

Friday, August 10, 2012

                         
                                 


"Bila datang lelaki yang COMEL AGAMANYA.. tapi dia bukan ustaz, bukan tok guru, bukan ulama, DIA HANYA ORANG BIASA..

tetapi, cukup sembahyang 5 waktu, tak makan haram, tutup aurat dan ada orang MENGAJAR DI SURAU MASJID.. DIA PERGI walaupun seminggu 2 kali, dah dikira baik pada agama..

KAHWINKAN SEGERA dengan lelaki baik seperti itu, walaupun jalan kaki, naik motor je.. tak ada kereta tak ape kerana REZEKI DI TANGAN ALLAH bukan di tangan manusia.."

Monday, August 6, 2012

Monday, May 7, 2012

Kekasihku,RASULULLAH SEORANG SUAMI YANG BEGITU ROMANTIK!

اللهم صل وسلم على نور المصطفى محمد صلى الله عليه وآله

Salam Semarak Mahabbah Rasulullah S.A.W

Selamat bersua kembali bersama al-Fagir kali ini dalam perkongsian tentang sifat dan keindahan akhlak sebaik-baik penciptaan Allah di atas muka bumi ini dan terlebih mulia daripada semua makhluk ciptaan Allah mahupun di langit dan bumi.Tak syak dan ragu lagi bagindalah Sayyiduna Wa Sayyidukum,Habibuna Wa Habibukum Nurul Mustofa Rasulullah S.A.W,seorang Nabi yang amat mencintai ummatnya hatta sebelum wafat meninggalkan dunia yang fana’ ini,baginda selalu menyebut kalimah Ummati,Ummati,Ummati (ummatku,ummatku,ummatku) di saat sakaratul maut.Begitulah kasih sayang seorang nabi terhadap ummatnya,tapi cuba soal diri dan hati kita,setakat manakah cinta dan sayang kita terhadap Rasulullah S.A.W.Sebagaimana yang terdapat dalam hadis “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah aku yang lebih dicintainya melebihi daripada ibu-bapanya,anak-anaknya dan manusia semuanya”

Kita sering melihat ketokohan, dan keperibadian Rasulullah s.a.w sebagai seorang pemimpin negara serta keindahan akhlak Baginda, namun al-Fagir merasakan kita masih belum mengenali secara lebih rapat pergaulan Rasulullah s.a.w bersama para isteri Baginda. Apabila kita menelusuri sirah Baginda bersama-sama para isteri, pastinya kita akan mengagumi keperibadian Rasulullah s.a.w, qudwah terunggul kita. Kerana Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang terbaik dalam segala sisi yang wajib kita ikuti. Subhana Allah…Apabila al-Fagir menganalisis beberapa fakta sirah mengenai Rasulullah sebagai nakhoda dalam pelayaran bahtera rumah tangganya dengan melihat kepada hadis-hadis terpilih serta Sirah Nabawiyyah, hati al-Fagir menguntum senyum, dan langsung saja ia membisikkan, RASULULLAH SEORANG SUAMI YANG BEGITU ROMANTIK!

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ الله أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasululllah itu suri teladan yang terbaik bagi kamu
 (Surah Al-Ahzab 21)


Justeru, pada entri kali ini, al-Fagir akan mengemukakan 25 ciri dan peristiwa contoh yang boleh dijadikan ikutan buat para suami, para bapa, juga para lelaki yang bakal bergelar suami. Sebenarnya ada banyak lagi contoh dan ciri-ciri yang menggambarkan Rasulullah s.a.w seorang suami yang begitu romantik, namun al-Fagir hanya memuatkan 25 ciri / peristiwa penting sahaja yang mudah-mudahan ia dapat memberikan dampak yang besar kepada erti sebuah kehidupan berkeluarga dengan menerapkan nilai-nilai Islam serta cinta tertinggi hanya kepada-Nya.Selamat membaca dan menghayati.

1. Rasulullah saw merupakan sebaik-baik insan yang membina rumah tangga dalam membimbing para isterinya. Sabda Nabi s.a.w:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
Maksudnya:
Daripada Aisyah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik kamu dalam berbut baik kepada keluargamu. Dan aku adalah paling baik di antara kamu dalam urusan keluargaku..." (Hadis riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Majah dalam Sunannya)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا.
Maksudnya:
Daripada Abi Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Yang paling sempurna Iman di kalangan orang mukmin ialah mereka yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berakhlak baik kepada isteri-isteri kamu.” (Hadith riwayat Tirmidhi dalam Sunannya

2. Rasulullah saw minum satu cawan dengan isteri Baginda, saidatina Aisyah di tempat letak mulut Aisyah pada gelas terbabit. Daripada Aisyah r.a. dia berkata:
“Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)

3. Baginda saw menemani isterinya hingga ke pintu, ketika isteri Baginda hendak keluar rumah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya, Safiyyah binti Huyay. Nabi saw berkata:
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” (Hadis Bukhari dan Muslim)

4. Nabi saw sering berpegangan tangan dengan isteri, antaranya dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Sabda Nabi saw:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan (dengan menyelitkan jari-jemari mereka), maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

5. Saling memakaikan minyak wangi antara Baginda dengan isteri. Aisyah berkata:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulakan dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Berbaring di pangkuan/ribaan isteri, daripada Aisyah r.a. berkata:
“Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)

7. Mencium isteri sekalipun sedang berpuasa. Daripada Hafsah, puteri Umar r.a berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)

8. Memanggil mesra isteri dengan panggilan manja, sebagai contoh, Baginda memanggil Aisyah dengan panggilan Humaira’, Aisyah r.a berkata:
"Ya Rasulullah, apa dia sesuatu yang tidak halal disekat (daripada diberikan kepada orang yang memerlukannya)?" Baginda menjawab: "(Benda itu adalah) air, garam dan api." Aisyah berkata: “Aku bertanya lagi (dengan berkata): "Ya Rasulullah, mengenai air, kami telah pun mengetahuinya, apa pula halnya garam dan api?" Baginda menjawab: "Wahai Humaira'… Sesiapa yang memberi api, maka seolah-olah dia telah bersedekah dengan segala makanan yang dimasak oleh api itu dan sesiapa yang memberi garam, maka seolah-olah dia telah bersedekah dengan segala makanan yang disedapkan oleh garam itu…” (Hadis riwayat Ibn Majah)

9. Membelai setiap isteri sehingga tiba di rumah isteri yang digilirkan oleh Rasulullah saw:
“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)

10. Bersiar-siar bersama isteri. Direkodkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim:
“Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

11. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra. Rasulullah saw memicit hidung Aisyah ketika Saidatina Aisyah dalam keadaan yang marah, kemudian Baginda menyarankan Aisyah ra membaca doa yang diajarkan Baginda:
“Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.”

12. Tidur bersama isteri dalam satu selimut. Daripada Atha’ bin Yasar berkata:
“…Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Mansur)

13. Berlemah lembut dengan isteri. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

14. Meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada isteri serta menyayangi isteri sepenuh hati. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.”
(Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya)

15. Membantu isteri menaiki unta, (zaman kini bolehlah diaplikasikan dengan membuka pintu kereta buat isteri). Nabi saw turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim telah direkodkan:
“Nabi Muhammad saw duduk di sisi unta Baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri Baginda, Sofiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad saw hingga naik atas unta.”

16. Isyarat mengenai galakan Nabi saw untuk saling menyuapkan makanan suami isteri. Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya apa pun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”

17. Mandi bersama isteri. Daripada Aisyah r.a. beliau berkata:
“Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

18. Menambat hati para isteri Baginda dengan pemberian hadiah serta menjaga hati para isteri dengan sifat yang romantik Baginda yang sangat penyayang kepada para isteri:
Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda berkumpul di hadapan Baginda lalu bertanya siapakah di antara mereka (isteri-isteri) Baginda yang paling disayangi. Rasulullah saw hanya tersenyum lalu berkata, "Aku akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah saw telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah saw lalu menjawab, "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

19. Nabi saw memasukkan kedua-dua belah tangan di celahan pinggang Aisyah dari belakang ketika isteri melakukan kerja-kerja memasak, dengan membantu isterinya, memegang tangan bersama. (Seperti menguli tepung bersama, memotong sayur dan lain-lain…)

20. Nabi saw membantu isteri-isteri Baginda melakukan kerja-kerja rumah. Para sahabat mendapati kesan tepung di tangan Nabi saw tatkala Nabi bertemu dengan mereka.

21. Nabi berlari anak bersama isteri, seperti Aisyah.

22. Nabi tidak berkasar dengan isteri (memarahi isteri) melainkan digantikan olehnya dengan berwuduk serta menunaikan solat sunat dua rakaat bagi menenangkan hati. Begitu juga apabila Baginda tersentuh dengan sikap para isterinya, Baginda akan mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat.

23. Baginda acap kali memotong kuku isterinya.

24. Baginda mengajak salah seorang dari isteri Baginda bermusafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

25. Nabi saw bermunajat kepada Allah agar diberi ketetapan hati bersama para isteri. Doa munajat yang dipanjatkan Baginda ialah agar Allah swt mengurniakan kecenderungan hati secara adil kepada para isteri Baginda, sedangkan Baginda juga pernah terdetik di dalam hati kerana melebihkan cintanya kepada isteri tertentu. Lalu Baginda memohon kepada Allah swt agar tidak membolak-balikkan hatinya untuk mencitai isteri-isteri Baginda secara adil dan harmoni.

 Firman Allah swt:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110)
Maksudnya:
110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Esa; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya kepada Tuhannya".Surah Al-Kahfi (18): 110
Subhana Allah… Alhamdulilllah… Allahu Akbar… Nabi saw yang begitu romantik dan halus budi pekertinya… Ya Rasulullah saw… Usah tinggalkan daku… Aku ingin sekali menjejakimu… Firman Allah swt:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (128)

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, (dan) ia penyantun dan penyayang kepada orang-orang yang beriman. Surah al-Tawbah (9): 128

                Subhanallah…begitulah keindahan akhlak Kekasih kita Rasulullah.Alangkah indahnya suasana rumah tangga jika seorang suami dapat  mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W dalam muamalat sehariannya  bersama isteri.Wallahi,al-Fagir yakin  jika akhlak tersebut dicontohi oleh para suami nescaya tidak akan timbul krisis rumah tangga yang akhir-akhir ini sering melanda masyarakat kita yang akhirnya menyebabkan penceraian dan perbalahan antara suami isteri.Sudah tidak syak lagi,kita semestinya kembali untuk meneliti dan mencontohi segala sifat mulia Rasulullah S.A.W jika kita mahukan kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat..Hakikatnya al-Fagir sendiri berasa sangat teruja dengan keromantisan Rasulullah S.A.W terhadap isterinya.Terasa sekali diri ini mahu mencontohi akhlak Baginda S.A.W  ini  kepada  seorang  Hurul Aini (bidadari) yang akan menjadi permaisuri sekaligus bergelar  isteri apabila sudah masuk ke gerbang perkahwinan nanti.Insya’Allah…Semoga Allah memberikan kekuatan kepada al-Fagir dan para pembaca  dalam mengamalkan semua  akhlak Baginda S.A.W.Kerana diantara bukti cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W adalah mengikuti semua sunnah Baginda dalam setiap aspek kehidupan kita.

Salam Kasih Sayang  kepada Kekasihku,Rasulullah S.A.W

Sayyid Izzat Haq Bin Sayyid  Azman  Ba’Alawi
Kamar Al-Hadi,Hostel Pelajar Al-Ahgoff,Aidid Street,
Madinah Tarem Al-Ghonna’,Hadramaut Yaman.

Thursday, May 3, 2012

Video Yang Akan Buat kan Anda Memakai Tudung Perempuan Sahaj


ALLAHYARHAM TOK KU SYED SAGGAF BIN SYED ABDUL RAHMAN AL-IDRUS

(ENGKU KELANA DI-RAJA)



Beliau adalah merupakan salah seorang dari kalangan bilangan anak yang ramai kepada Syed Abdul Rahman Bin Syed Muhammad al-Idrus atau dikenali ramai sebagai Tok Ku Paloh yang merupakan salah seorang daripada orang terpelajar dalam bidang agama dalam Sejarah Negeri Terengganu sementara ibunya pula Wan Ngah Binti Wan Abdullah adalah cucu kepada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Mufti pertama Negeri Terengganu.

Tok Ku Syed Saggaf telah meneruskan warisan ayahandanya dalam bijak memperdayakan serta mengelakkan pihak British daripada campur tangan serta memperluaskan pengaruh mereka dalam Negeri Terengganu.

Beliau adalah merupakan seorang penasihat Di-Raja dalam Istana Terengganu dalam zaman pemerintahan Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kerana jasa-jasanya, beliau telah dianugerahkan gelaran ‘Engku Kelana Di-Raja’ satu-satunya gelaran yang jarang diberikan dan hanya dianugerahkan kepada penerima dari kalangan keturunan Syed.

Tok Ku Syed Saggaf telah dilahirkan di Hiliran, Kuala Terengganu daripada golongan kaum keluarga Syed yang kuat beragama. Beliau telah menerima pendidikan awal daripada Tok Ku Paloh sendiri dan selepas kematian ayahandanya oleh Haji Abdul Rahman Limbong yang merupakan salah seorang anak murid Tok Ku Paloh dan wira pejuang kemerdekaan yang mengepalai penentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan pihak British.

Di masa hayatnya, ramai yang akan datang bertumpu di tempat beliau untuk belajar agama Islam dan ada dari kalangan mereka yang telah datang dari luar Negeri Terengganu seperti Pahang, Kelantan, Selangor dan dari negara-negara lain seperti Indonesia, Thai dan Kemboja umpamanya.

Beliau telah dianugerahkan sebidang tanah di Gong Kapas oleh bekas Sultan Terengganu iaitu Sultan Mohamad ibni Sultan Zainal Abidin III untuk beliau memerintahnya serta mengajar agama Islam. Di atasnya, beliau telah mewujudkan satu komuniti yang berdikari dimana beliau telah merancang serta menyusun penduduknya yang terdiri daripada isteri-isterinya, anak-anaknya serta pengikut-pengikutnya dan juga telah mengadakan keperluan-keperluan mereka seperti kemudahan-kemudahan seperti surau untuk belajar agama serta sebuah gelanggang luar untuk beliau mengajar silat.

Bukan sahaja Tok Ku Syed Saggaf seorang yang terpelajar dalam bidang agama malahan beliau juga pandai dalam seni bela diri silat dan seorang empu membuat senjata melayu seperti keris. Semasa hayatnya beliau telah berjaya menghasilkan lebih kurang lima belas senjata yang sangat halus dan bermutu tinggi yang mana ianya sehingga ke hari ini menjadi idaman serta buruan pengemar antik serta pencinta seni.

Tok Ku Syed Saggaf kekal menjadi seorang yang sangat merendah diri serta tampak biasa ke akhir hanyatnya walaupun beliau mempunyai kedudukan tinggi dan pengaruh kuat dalam Istana Di-Raja serta sangat dikasihi oleh masyarakat Negeri Terengganu. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1953 sebelum sempat meyaksikan lahirkan sebuah negara yang merdeka namun semangat serta kelincahan politiknya akan lama dikenang oleh penduduk Negeri Terengganu.

Beliau telah meninggalkan ramai zuriat dan di antaranya mereka ialah Tuan Ehran, Tuan Jalal, Tuan Saibi, Tuan Saripah dan Tuan Lok Lok.



SUMBER DARIPADA PIHAK KELUARGA ALLAHYARHAM TOK KU SYED SAGGAF BIN SYED ABDUL RAHMAN AL-IDRUS DI GONG KAPAS